Monday 31 October 2011

seharian di E-curve



Lame tul x ke E-cUrVe lps berpindah ke KJ(kelana jaya) ni..alah cam la jauh sgt KJ ke E-curve. hurm maunye amik masa 45 mins if jln sesak... rasanya korang sume tau tmpat ni kan!! ni la tmpat aku dating,lps tensen,hangout dan bagai lg lah!

Memandangkan bestie time blaja dlu ada kat KL sbb berkhusus so aku bwk dia jln2 kat e-curve..hakhakhakkkkkk budget best la sgt kat e-curve tu..honestly aku suka kat tmpt ni..sbb sorrounding dia tu complete ngn ikea,tesco,cathay...bak kata mcm2 la ado..so untuk kaum2 sy suka window2 shopping cam aku neh elok la kesana..hurm konon la kan window shopping, at last ko bimbit gak plastik bag kiri kanan kan....opppss lupa lak sabtu mana ade plastic bag..so aku da standby awl2  la ngn  recycle bag tu..just in case! :p


The  Curve  !Nestled in the heart of Mutiara Damansara!! here we come!!


street market yg terkenal dgn barangan yg dijual superb Mahal even brg2 tu dr china/thailand jer:p
Lps park keta kat TESCo ,kitaorg terus je ke Street Market.Jamu2 mata kat sini jap..actually xde satu pun yg berkenan..konon kan!! tp hakikatnya ??hujung bulan der!! pepaham je lerrr...hehe gaji lum masuk lg!

nasib la da ada lampu tido..if x mau je rembat 1
oh smurfs is everywhere! i nak satu plissss! sgt la suwit bnda2 ni! very the Like!
ni rings tau..cute dan comey..tp aku x beli pun:p


ni handmade punya gelang.very d nice..but i dun like :p


hair band,hair scarft &segala jnis hairs accessories ada..


segala jnis Pins ada jual kt sini..


Da Penat jln2 kat street market tnpa sbrg pembelian, destinasi seterusnya ke ikano utk mengisi perut yg da penat menyanyi2..

melepaskan rasa lapar kat  Simply ciken rice..Boley Thn la best rasanya!!.nasi ayam je pun!

hurm perut da kenyang..ape lg..next destination ke ikea ..sambil2 thn nafsu tu sempat gak  rembat  satu dua brg kat sini..xthn meyhh!!hahaha..lastly  kitorang masuk smula e-curve..hehehe smpat plk tu rembat sehelai top ! suka!:p

ngn bestie time blaja kat uitm dungun dlu..

hurm pnt sehh...tp i loike!! chilllll


Sunday 30 October 2011

meLaburlah utk simpanan tua anda

Bulan ni ramai betul kekawan join skim pelaburan ASB dan unit trust ..katanya untuk masa depan...hehe mungkin da puas berjoli sakan  so da timbul rs sedar diri untuk berjimat dan berfikir tentang masa tua plak kan..


Bank2 kat m'sia skrg ni da byk offer skim pelaburan ni..pilihan kat tangan korang..yg penting kene byk buat survey ..rasanya yg paling femes dan top stakat in ialah public mutual dan RHB.



memandangkan komitment aku msih byk lg , so stakat ni aku join jer dulu pelaburan ASB melalui  KWSP. actually pelaburan ni dibuat menggunakan akaun 1 dlm KWSP korang...so sape2 nak buat pelaburan ni korang mestila ada account KWSP..(hehehe adik2 yg msih skolah tu sabar dulu eh)...korang sedia maklum  kan kita xleh kuarkan even sesen pun dr account  1  tu sampai la kita pencen, so melalui pelaburan ni membolehkan  pemegang unit yang mempunyai simpanan yang melebihi jumlah simpanan asas mengikut usia masing-masing di dalam Akaun 1 KWSP  melaburkan sebahagian daripada jumlah tersebut ke dalam unit-unit amanah ASNB yang dibenarkan. Melalui pelaburan ni korang cuma boley menggadakan duit yg ada dlm tu sbb divenden yg korang akan dpt dr pelaburan ni  xleh dikuarkan jgk.. tp xpelah..atleast ia boley menambahkan jumlah terkumpul dlm account 1 tu..da pencen nnti senang skit..ishh mcm berbelit2 ayat penerangan ni..hahahak...korang rajin2 la survey sdiri eh.


so sape2 yg belum buat pelaburan unit trust ni cpt2 la korang join eh..its very easy..lagipun xkuarkan cash..korang cuma perlu check latest kwsp statement. . just isi borang pelaburan. finger print (kiri kanan).siap. min amount utk pelaburan ni RM1000. SO if korang nak tau samada korang layak atau  x untuk bukak account ni boley refer kat SINI. ye .


Monday 24 October 2011

bye2 mata LeBam!!

Assalamualaikum..

Hari ni saje jer  nak update satu tip yg ringkas dan paling mudah utk hilangkan mata lebam dan  lingkaran gelap bwh mata...senang je..hiriskan timun atau tomato dan lekapkan kat bwh mata..

ini dipanggil timun cina tau


actually benda2 ni mengandungi Vit A dan C, xpun boley pakai kentang yg tlh dihancurkan terlebih dahulu., kentang ni mengandungi enzyme catecholase yg membantu menghilangkan lingkaran gelap tu..so now boley say bye2 to mata lebam!!




Sunday 23 October 2011

teruja !

Vit C Daily Moisturiser SPF 30
sgt teruja ari ni bila VIT C Daily  moisturiser yg di aim berkurun lama tiba2 da dimiliki..thanks to adawiah coz tlg belikan moisturiser tu.. dia bodyshop pnya memba,,so dpt la discount sby 30%..sy bukan saja dpt vit c moist tau ..tp dpt skali ngn VIT C facial radiance power mix..(ini free tau...adawiah yg bagi ..thanks Ada..muaxx)


Ni Facial radiance powder yg sy dapat free tu...




Thursday 20 October 2011

Jom Check HP anda

Hari ni rasa berkobar-kobar nk share rahsia ni..rasanya penting sgt utk korang sume tau status handphone korang tu... mane la tau kot2 anda mangsa penipuan tokey2 hp ni...time nak beli je sume bilang ORI ...so sejauh mane keORIan tu kebanyakan kita xtau kan..thanks to one of my FB's fren coz share tis kinda info..


jom kita check status keaASLIan HP kita..cara2 dia:

. kat keypad sila taip *#06#
. akan kuar IMEI(INTERNATIONAL MOBILE EQUIPMENT IDENTITY)-hehehe cam no chasis plak
. Semak no IMEI handphone korang di kedudukan 7 dan 8

cth : IMEI : 12345601910111
kedudukan 7 dan 8 adalah 0 dan 1 atau 01

so skrg kita check status yg korang dapat ya..

. 02 atau 20                       : dari CHINA                      - kualiti RENDAH
. 08 atau 80                       : dari Germany                 - kualiti SEDERHANA
. 01 atau 10                       : dari FINLAND               - TERBAIK
. 00 atau 03 atau 04       : dari kilANG ASAL        - SGT TERBAIK
. 13                                        : dari AZERBAIJAN         - sgt KURANG KUALITI & MERBAHAYA




Yeayyyyy MINe is 04!! so what yours??

P/s ::woww teruja plak tgk samsung galaksi s II . Trimas Pakcik Goo gle .



Tuesday 18 October 2011

KekaL Slim?

Assalamualaikum..






huuuwaaaaaaaaa wa rasa nak nangisssss....xsangka sampai cam ni skali! ape yg silap nya..???.apa yg lebihnya??tup2 da 53Kg...)Korang sure boley imaging kan thp kemontelan aku kan!!)Unbelievable!! ishh yer ke ni??aku terus ramas resit yg kuar dr mesin penimbang digital tu sambil ckp "argh mesin ni mengarutlah"! Incik Ami cuma ngeleng kepala..aku faham maksud ngeleng kepala dia tu..huh ada point nak kutuk aku la lps ni !!!*sigh* xtenang aku rs bila tau weight aku da above 50kg..Ishh ape yg aku mkn ni..rasanya makan xla plak menambah..sekadar 3x sehari je aku mkn...hahaha tensen2...ari ni berbekalkan semangat diet aku stat cr article psl diet yg sihat..harap membantu. Dlm byk2 article yg aku cr tu, aku amat tertarik ngan info tentang kadar motabolisme..Penting ya utk bdn kita ni mempunyai kadar motabalisme yg tinggi..its actually help you Lose Weight, Get Fit, & Feel great !!


 Tis is a few tips to increase your metabolism (credit to tip.kuruskanbadan and slimdiet2):


1. Bersenam


2. Bersarapan pagi


3. Makan dengan lebih kerap-Ambil snack setiap 3-4 jam akan membantu meningkatkan kadar metabolisme.


4. Minum air-Minuman berais akan menggalakkan badan membakar lebih kalori semasa penghadaman tetapi dengan syarat air tersebut tiada tambahan gula atau cream/susu pekat manis.


5. Minum teh hijau 


6.minum kopi - tidak dicampur dgn cream or gula (mak Aihh boley x ni)


7. Mendapat rehat yang secukupnya


8.pedaskan masakan anda


9. mkn byk protein-Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan protein berbanding lemak atau karbohidrat. Sumber protein yang sihat adalah daging merah, ayam tanpa kulit, tauhu, kacang, telur dan susu rendah lemak.






Ni plak aku share tips dr http://azizie.com :



1.Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.


2.Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.


3.Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar. 


4.Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur. 


5.Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.


6.Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari. 


7.Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda. 




8.Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.




9.Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.


10.Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang  selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.


*Hopefully aku dapat praktiskan tips2 ni,,chaiyok!!gambatee!!


P/s: Tenkiu En Google atas Pics tu



Sunday 16 October 2011

Olympus E -Micro Third Four Camera: berbaloikah??

Dah lama rasanya aku meroyan nak pakai camera yg guna micro third four system ni.sampai skrg pun belum berhasil memiliki lg ..dari EP1, EP2 dan skrg da kuar EP3 tp blm gak dpt beli cam neh! chait gaji ciput jer tp kehendak melampau2...isshh kekadang jeles gak ngn student2 IPT skrang ni..mana x nye lum keje lg tp sorang2 da gantung DSLr kat leher..pergghh terancam wa rasa beb...heran gak aku..byk sungguh duit depa2 ni..!hehehe gelak jeles ni!

smalam dgn mood shopping aku ngn shiqah singgah la satu kedai camera kat OneUtama ..Ingat nak survey PEN series EP3 tp malang nya harga lum release lg kat kedai tu so aku tgok je la yg EPL3, ni pun yg latest gak ...maunye x nangis bila nengok rege dia RM 2300+ ...tu pun dpat body ngn standard punya lense jer (14-42mm) klau da add on or top up itu dan ini maunye cecah RM 3000++ . ..wa nak nanges..ni kalau aku menabung tuk 3 bulan pun belum tentu lg dapat beli !!omg2..ikut hati nak jer aku pakai ccard! tp sumpah aku da jnji x nak pkai lg ccard..perit woooo. ckup la ngn hutang yg sedia ada skrg...:p




Olympus EP3


OLYMPUS EP3 & EPL3
sungguh kiut wa ckp beb..lau compare ngan DSLr mmg la ia klah dr segi hasil gambarnya tp dari segi reka bntuk dan size aku lg prefer camera ni. senang nak bwk kemana2..xberat cam DSLR..alah lau pakai DSLr pun tp amik gambar cam hampeh baik x pyah!!hahaha macam la aku terrer sgt bab2 shot gambar ni . .





Olympus EP3

InsyaAllah klau ada rezeki lebey nak jugak aku memiliki camera ni..tp yg pasti xtau la bile masanya tu..wa Allah hu a'Lam



Thursday 13 October 2011

ishh menakutkan jer ikan sardin ni

Assalamualaikum

tetiba rs risau giler lps baca satu article pasal ikan sardin.baru jap tadi aku bukak FB pastu ada org share article psl BAHAYA IKAN SARDIN . korang perasan x ikan sardin ni ada tulang yg sangat lembut..and 4sure part tu gak yg korang suka kan..menurut article yg aku baca ni di dalam tin ikan sardin ni terdapat sejenis bahan kimia(x pulak di sebut nama bhn kimia tu ape) Khas yg bertindak balas dengan tulang ikan tersebut menjadikan ia begitu lembut.bhn kimia ni lah yang menjadi ancaman mereka yg memakan ikan sardin.ishh paling mengerikan ia boley merosakkan rahim..so pada kaum2 wanita kene berhati2 yer..xpe at least cegah dulu before terjadi kan..:)

p/s : Pic dikesan dan di ambil dr pakcik image google..trimass

Tuesday 11 October 2011

Nasik Goreng Si Bunga

Assalamualaikum

rasanye2 kita org2 melayu ni sure makan nasik goreng kan..hehe tipula sapa xknal nsik greng.anak buah aku yg umo 3 thn pun da knal..skrg ni mood masak aku menjadi2..lalalala memasak konon..pdahal msak nasik goreng jer pun. yg aku msak ni pun pling simplest (ada ke perkataan ni)..fyi aku ni dibesarkan di kg .. family plak dlm golongan ckup2 mkn jer..dlu pg2 sblm gi sekolah ma(pnggilan aku buat mak) selalu buat nasik goreng..nasik goreng ma x macam nasik goreng yg superb cam skrg ni..ma cuma buat nasik goreng  letak ikan goreng je(tu pun ikan goreng yg xhabis time dinner)..tp nasik goreng ni la yg aku rs pling best kat dunia ni..mungkin tu hasil air tangan mak kan. smalam disebabkan lauk ikan masak kicap yg msih bersisa, aku tetiba teringin nak mkn nasik goreng cam ma buat..maka terhasilah nasi goreng si bunga..hik3..sape2 nak cuba boley la..

korang cuma perlu ada:

- offcoz kene ada nasik putih
- lebihan lauk- pauk yg berasaskan Ikan(biasanya pakai ikan goreng)
- bwg merah dan bwg putih (bajet2 sdiri eh)
- cili padi (ni pom boley bajet sdiri)
- cili boh (bajet2 sendiri gak)
- kicap
- sos tiram
- garam + gula sdikit
- ape2 sayur yang korang suka(hihi aku x suka syr so mmg xde sayur dlm nasik gorang ni)

cara2:

- ikan goreng ditumbuk (jgn sampai hancur yer)
- tumbuk bwg2+cili padi
- panaskan minyak, masukkan bhn yg ditumbuk..biarkan kekuningan
- masukan cili boh - biarkan sedikit garing
- masukkan kicap,sos tiram, garam secukup rasa dan sedikit gula..pastu masukkan ikan yg ditumbuk td
- lastly masukkan nasik- goreng sampai menjadi nasik goreng eh...

tadaaa..ni dia rupe nasik goreng tu..



selamat mencobaaaa..


Monday 10 October 2011

I L0v3 U GiRLs



Dedicated to all my beloved frens,

You all are my beautiful friends who make the world a better place simply by being a part of it!!! Whom can deal with stress and carry heavy burdens. Smile when feel like screaming, and sing when feel like crying. Cry when happy and laugh when afraid. ur love is unconditional. Today is '…love u all day.' u all are unique. I love you girls. L-o-v-e-y-o-u.





utk bestie2 sekalian
pic diseludup dr pakcik google.trimas pakcik

Saturday 8 October 2011

Cantik menawan dgn perut Kempis

Assalamualaikum..

Semalam sambil2 borak n layan drama kat tv3 ngan k.awa (housemate) aku sempat korek2 rahsia camner perut dia sungguh flat cam sreen tv kat dpn aku tu,,,tetiba dia gelak ..ish ko ni saje nak puji akak kan??sumpah aku xtipu..x macam ada anak 2 lgsung perut dia..compare ngan aku??hahaha lebih kurang la kot..cuma bezanya aku ni x kawen lg tp perut ni da bunc..!!..k.awa sempat la jgk kongsi rahsia kejelitaan perut dia tu kat aku..dia ckap snang je klau nak kekalkan perut kempis...so pada sape yg mengalami masalah perut buncit cam aku, aku list down beberapa tips dr k.awa,,(aku pun msih mencuba tuk mengapply tuk diri sendiri ni..)

  • sape2 yg keje opis cam aku ni lps je makan kenelah buat senaman..hah senaman??xkan kat opis nak buat senaman kot?? hehe senang je,, k.awa cakap time kita duduk mengadap pc tu, tegakkan badan..tarik nafas..pastu tahan..kemudian perlahan2 bongkokkan badan sehingga jari2 anda mencecah lantai- ulang senaman ni 10 hingga 20x
  • jgn makan berselang seli dgn minum air..seelok2nya minum air kosong beberapa minit slps makan dan yg penting kurangkan minum ais
  •  kurangkan minuman bergas
  • tidak digalakkan makan nenas muda dan tembikai
  •  sblm tdo sapukan minyak/cream/lotion serai atau halia bagi mengelakkan kembung perut- cara ni juga dpt membantu memaintainkan kekempisan perut kita(nasib baik stok cream halia aku ada lg..)


nampak cam senang je kan..?ape2 pun aku rumuskan sapa yg rajin dia akan dpt hasilnye..so aku kene rajin la ni..chaiyok!!


p/s:
thanks k.awa utk tips ni
pics ehsan dr pakcik google