best tgk slot akasia TV3 yg mengantikan slot kasih Alia baru-baru ni . Drama terbaru terbitan TV3 yg bertajuk soffiya ni sgt menarik coz jln ceritanye lain sket dr drama2 yang ditayangkan kat msia ni.Drama bersiri Soffiya adalah arahan Joeza Rasidi dan diterbitkan oleh Filmscape Sdn. Bhd . drama ini membariskan pelakon yg agak terkenal spt Tiz Zaqyah (Soffiya)Fizo Omar (Ilyas)Izara Aishah (Fiona)Azhar Sulaiman (Kamal) Syazwan Zulkifli dll.Drama ini ditayangkan setiap isnin-khamis (7PM-8PM)..or korang boley tonton kat tonton.com.my
Drama Soffiya mengisahkan seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman dan ibunya yang lumpuh.Sulaiman merupakan seorang bapa yg sgt kejam..sofiyya(yg dipanggil yaya) selalu didera, dipukul malah telah dirogol sehingga dia mengandung..Selepas kejadian hitam itu, rutin kehidupan yaya mula berubah termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung.seluruh org kampung menggaggap dia benar2 mengalami ganguan mental tanpa menyedari bahawa kejadian buruk berlaku kepada soffiya.
Sulaiman yg merupakan seorg doctor amat disenangi oleh orang kampung..sikap kepura-puraannya tidak disedari lasung oleh mereka kerana doktor sulaiman memainkan peranan penting menolong dan merawat pesakit di kampung itu. kekejaman doktor sulaiman cuma diketahuai oleh soffiya dan ibunya sahaja.
soffiya yang kononya dikatakan mengalami ganguan mental dilarang keluar rumah dan seluruh kampung menggaggap dia betul2 mengalami ganguan mental. seorang kwn baik yaya mula mengesyaki sesuatu dan mengintip rumah doktor sulaiman. Dia amat terkejut bila menyedari yaya didalam bahaya dan berusaha menyelamatkannya..pd suatu malam dia cuba membawa yaya lari dr kampung tersebut..yaya memohon kebenaran dari ibunya utk melarikan diri dan lari dr kekejaman bapanya dan berjanji utk kembali dan menyelamatkan ibunya pula..malangnya kejadian itu disedari oleh doktor sulaiman. kwn soffiya lalu dipukul dan meninggal. soffiya kemudian dihantar kesebuah rumah bidan yg telah diupah utk menanti saat kelahirannya..untuk menutup kejahatannya ,doktor sulaiman memberitahu org kampung yg soffiya dihantar kepusat pemulihan dan berasa amat sedih krn terpaksa berjauhan dgn anaknya. soffiya selamat melahirkan dan bidan memberitahu yg anknya telah meninggal..soffiya kemudian dibawa blik ke rumah..yaya terlalu sedih dan memohon maap dgn ibunya kerana xdpt menyelamatkan mereka dr kekejaman bapanya..ibunya yg lumpuh cuma mmpu mengalirkan air mata..keesokan harinya ibunya meninggal dunia..Soffiya terlalu sedih dgn kejadian itu. Doktor sulaiman cuba berbaik dgn soffiya sebenar nya mempunyai agenda lain...akhirnya soffiya melawan dan berlaku bergelutan..soffiya berjaya melepaskan diri dan berjaya mencapai pisau akibat terlampau takut dia tanpa sengaja telah menikam bapanya...
soffiya kemudian diberkas polis utk siatan lanjut... kemudian dihantar ke pusat pemulihan akhlak...
nak lagi....?? korang tonton sendiri la...panjang lagi siri ni tau ...ni belum masuk saat mengenal cinta.. pastu banyak lagi konflik demi konflik dalam Drama Soffiya ni...
Sekian..(kahkahkah mcm karangan plak entry kali ni kan?)
No comments:
Post a Comment